Our customers have said

Sebelum

Selepas

Madam Teoh
Rambut Beruban, Kulit Kepala sensitif
Faktor usia menyebabkan rambut beruban mula kelihatan. Untuk menutup rambut beruban, saya mewarnakan rambut. Namun, mewarna rambut dengan kerap makin mempercepatkan kadar pertumbuhan rambut beruban. Malah kekerapan mewarna rambut menyebabkan kulit kepala menjadi sensitif dan keguguran rambut. Selain kegatalan biasa, pewarna yang mengandungi bahan kimia tersebut menyebabkan kulit kepala saya rosak sehingga menyebabkan parut merah yang besar pada kulit kepala. Pendandan rambut (juga rakan karib saya) dari salun yang sering saya lawati juga bimbang dengan keadaan saya.

Beliau menasihati saya untuk berhenti menggunakan pewarna rambut kimia dan membuat rawatan rambut Bee Choo Origin. Selepas menjalani rawatan intensif selama dua bulan, saya dapati parut merah di kepala mula pudar dan gatal di kulit kepala mula berkurang. Sejak saya memulakan rawatan tetap dengan Bee Choo Origin, kulit kepala saya menjadi lebih sihat dan rambut lebih mudah diurus. Paling penting, rawatan ini juga telah mengurangkan masalah rambut beruban saya. Ia benar-benar memberi manfaat!
Cawangan Bee Choo Origin Georgetown, Penang, Tel: +6012-480 7888

林雯儿
(45 years old)
Promoter
Rambut Beruban
Saya mengalami masalah rambut beruban sejak saya remaja. Untuk menutup rambut beruban, saya mewarnakan rambut dengan pewarna kimia dengan kerap. Pada tahun 2009, pendandan rambut saya mencadangkan saya untuk mengambil sesi rawatan rambut herba Bee Choo Origin. Hanya selepas beberapa kali menjalani rawatan, saya dapati rambut putih saya telah berkurang sehingga 30%. Saya cadangkan kepada anda rawatan rambut herba Bee Choo Origin kerana rawatan ini tidak akan merosakkan kulit kepala anda. Manakala pewarna kimia akan menyebabkan kemudaratan kepada kulit kepala dan folikel rambut untuk jangka masa yang panjang.

Selepas menjalani rawatan rambut herba Bee Choo Origin, rambut beruban semakin berkurang, malah rambut kelihatan lebih berkilat.
Cawangan Bee Choo Origin Batu Pahat , Tel: +607-434 9187

黄辚蘋
Surirumah
Kelemumur / Rambut Beruban
Ketika saya masih muda saya suka mewarna rambut dengan pewarna rambut kimia. Kesannya kulit kepala saya telah rosak kerana bahan kimia yang terdapat dalam pewarna tersebut. Selepas melahirkan anak, saya berhenti mewarnakan rambut. Tetapi apabila umur semakin meningkat, rambut saya mula beruban. Jadi saya mula mewarnakan semula rambut saya pada setiap bulan. Ia membuatkan saya risau akan kesan pewarna ke atas kesihatan saya. Ibu saya telah memperkenalkan saya dengan rawatan rambut herba Bee Choo Origin.Bee Choo Origin telah membantu saya menyelesaikan masalah rambut beruban. Malah masalah kelemumur juga beransur baik. Kini, saya tidak lagi risau untuk melakukan rawatan rambut.Bee Choo Origin ada penyelesaiannya.
Cawangan Bee Choo Origin Kepong, Tel: +603-6253 1009

范慧玉
(41 Years Old)
Surirumah
Rambut Uban, Keguguran Rambut, Kulit Kepala Berminyak
Saya tertekan dengan masalah rambut beruban dan keguguran rambut. Saya ke beberapa pusat jagaan rambut untuk membuat pertanyaan, tetapi tidak mendaftar mana-mana pakej kerana harganya mahal. Rambut saya menjadi lebih nipis dan kulit kepala boleh dilihat dengan jelas. Saya hilang keyakinan diri melihat keadaan rambut yang semakin menipis.

Pada tahun 2010, saya telah melihat iklan mengenai rawatan rambut herba Bee Choo Origin. Dengan niat mencuba, saya mengambil rawatan mereka dan hasilnya sangat memuaskan. Untuk mengatasi masalah rambut beruban, saya juga sering pergi ke salun untuk mewarnakan rambut. Walau bagaimanapun, warna rambut hanya mampu bertahan sehingga enam hari, selepas itu rambut uban kelihatan semula.

Oleh itu, saya mencuba rawatan rambut herba Bee Choo Origin. Dengan menggunakan rawatan pewarna organik, saya menyedari bahawa warna rambut hitam mampu bertahan sehingga tiga minggu. Masalah rambut nipis mula menjadi baik, pengeluaran sebum di kulit kepala menjadi lebih seimbang dan rambut baru mula tumbuh pada tompok-tompok rambut yang jarang.
Cawangan Bee Choo Origin Batu Pahat, Tel: +6074349187



Ms Ean
Rambut Beruban
Selama ini, saya melindungi rambut beruban saya dengan menggunakan pewarna rambut kimia. Saya bekerja di klinik dan saya melihat banyak kes penyakit kulit yang disebabkan oleh pewarna rambut kimia. Keadaan tersebut membuatkan saya mula ragu terhadap pewarna berasaskan kimia. Ketika saya mewarna rambut dengan pewarna berasaskan kimia, uban saya semakin banyak sehingga hampir 80% daripada rambut saya adalah rambut putih. Saya pernah mendengar daripada orang tua tentang mitos pewarnaan rambut yang boleh menjadikan rambut beruban, tetapi saya tidak mengetahui sebab di sebaliknya. Selepas itu, saya mendapat tahu bahawa pewarna rambut kimia mengandungi hidrogen peroksida yang akan mengurangkan kandungan melanin di kulit kepala. Hal ini menyebabkan rambut uban mula tumbuh apabila pewarna rambut kimia digunakan.

Atas cadangan rakan, saya mencuba produk Bee Choo Origin untuk menutup rambut uban. Ia juga diyakini selamat. Selepas setahun melakukan rawatan rambut herba Bee Choo Origin, saya terkejut melihat rambut uban saya tiada lagi! Sama seperti kata pakar rambut Bee Choo Origin: rambut dan kulit kepala anda menyerap herba Cina dan ia akan tumbuh rambut hitam yang lebih kuat dan sihat. Ia benar-benar bagus!
Cawangan Bee Choo Origin Farlim, Penang, Tel: +604-827 8869

Nicolas
Eksekutif
Masalah Keguguran Rambut dan Rambut Beruban
Masalah rambut beruban bermula sejak saya remaja. Bermula dari situ saya sering mewarna rambut saya. Untuk menutup rambut beruban, saya bahkan mewarna rambut seminggu sekali. Akibat kekerapan mewarna rambut, kulit kepala saya menjadi sensitif dan turut membawa kepada masalah kelemumur. Sejak saya memulakan rawatan rambut di pusat rawatan rambut herba Bee Choo Origin (Cawangan Kota Tinggi) setahun yang lalu, saya tidak lagi menggunakan pewarna rambut kimia. Selain itu, keadaan kulit kepala saya juga bertambah baik. Saya sangat berpuas hati dan berterima kasih kepada rawatan rambut herba Bee Choo Origin.
Cawangan Bee Choo Origin Kota Tinggi, Johor, Tel: +607-882 7107

Ms Koh
(55 years old)
Keguguran Rambut Serius, Rambut Beruban
Profesion saya adalah sebagai guru. Disebabkan tekanan dan hormon tidak seimbang, saya mengalami keguguran rambut yang teruk dan masalah rambut beruban. Saya mengenali rawatan rambut herba Bee Choo Origin tahun lalu dari seorang rakan. Selepas mengambil 12 kali rawatan intensif, keguguran rambut telah berkurang dan rambut baru yang sihat mula tumbuh. Sekarang rambut saya telah kembali pulih sekurang-kurangnya dengan 70% ketumpatan. Untuk mengekalkan kesihatan rambut, saya masih menjalani rawatan rambut herba Bee Choo Origin dengan kerap. Terima kasih kepada Bee Choo Origin yang telah menyelesaikan masalah rambut gugur dan uban saya.
Cawangan Bee Choo Origin Cheras, KL, Tel: +603-9274 9028