Our customers have said


Jo Ng
(60 years old)
Masalah Keguguran Rambut
Saya mengalami masalah keguguran rambut disebabkan oleh tekanan hidup. Pada mulanya saya tidak sedar tentang masalah ini, sehinggalah saya mula sedar rambut saya semakin berkurang dan menjadi tidak seimbang sangat jelas kelihatan. Saya mengenali Rawatan Rambut Herba Origin melalui rakan sekerja. Saya mengambil rawatan Rambut herba Origin pada Mei tahun lalu sekali seminggu. Rawatannya amat berkesan, rambut baru mula tumbuh walaupun pada tompok-tompok kulit kepala yang telah menjadi licin disebabkan oleh keguguran rambut yang serius. Dengan rawatan Origin ini, saya tidak lagi memerlukan rawatan lain. Buat masa ini saya menggunakan herba Origin untuk mencuci rambut dan saya akan mengurut kulit kepala setiap kali semasa membasuh. Ini bukan sahaja membantu untuk mengurangkan tekanan. Rambut juga menjadi lebih sihat dan berkilat.
Cawangan Origin Puchong, Selangor, Tel: +603-8051 1939

Ms. Koh
(55 years old)
Masalah Keguguran Rambut & Rambut Beruban
Profesion saya adalah sebagai guru. Disebabkan tekanan dan hormon tidak seimbang, saya mengalami keguguran rambut yang teruk dan masalah rambut beruban. Saya mengenali rawatan rambut herba origin tahun lalu dari seorang rakan. Selepas mengambil 12 rawatan intensif, keguguran rambut telah berkurang dan rambut baru yang sihat mula tumbuh. Sekarang rambut saya telah kembali pulih sekurang-kurangnya dengan 70% ketumpatan. Untuk mengekalkan kesihatan rambut, saya masih menjalani rawatan rambut herba origin dengan kerap. Terima kasih kepada rawatan rambut herba origin, anda telah menyelesaikan masalah keguguran rambut dan masalah rambut beruban saya.
Cawangan Origin Cheras, KL, Tel: +603-9274 9028

陈秀兰 (Puan Tan)
(66 years old)
Masalah keguguran rambut yang serius
Saya mengalami masalah keguguran rambut yang serius, terdapat tompokan yang besar dikulit kepala. Selain itu, rambut mudah beruban kerana penuaan. Dua tahun yang lalu, saya melihat risalah rawatan rambut herba origin. Pada mulanya saya sangat bimbang ia akan memberi kesan sampingan, tetapi selepas mengetahui maklumat lanjut, saya dapati bahawa origin menggunakan herba untuk rawatan rambut. Saya benar-benar lega dan mencuba rawatan pertama. Perunding profesional telah melakukan imbasan dan diagnosis pada kulit kepala. Selepas itu, barulah saya tahu bahawa kulit kepala saya tersumbat dan tidak sihat. Selepas 6 sesi rawatan, kulit kepala saya menjadi lebih bersih, kelihatan baru dan berkilat. Rakan-rakan saya memuji rambut saya yang kelihatan lebih sihat dan licin berbanding sebelumnya. Untuk mengekalkan kesihatan rambut dan kulit kepala, saya akan meneruskan rawatan rambut sebulan sekali.
Cawangan Origin Muar, Johor, Tel: +606-953 4927

Ms. Caroline Chin
Masalah keguguran rambut yang serius
Pada januari 2011, saya mengambil rawatan rambut herba origin. Akibat tekanan kerja, saya mengalami keguguran rambut yang teruk dan pertumbuhan rambut adalah lebih perlahan daripada jangkaan. Saya rasa semakin tertekan apabila melihat cermin dengan keadaan rambut saya yang semakin menipis. Saya mula risau apabila pendandan rambut saya memberitahu bahawa saya menghadapi masalah keguguran rambut yang sangat serius. Selepas 6 bulan mengambil rawatan rambut herba origin, hasilnya jelas kelihatan. Rambut baru tumbuh secara beransur-ansur dan keguguran rambut lebih terkawal. Selain itu, saya tidak perlu menyembunyikan rambut beruban saya dengan menggunakan pewarna berasaskan kimia. Saya benar-benar berpuas hati dengan rawatan rambut herba origin. Saya pasti anda juga akan menyukai rawatan ini jika anda seseorang yang mengalami masalah keguguran rambut.
Cawangan Origin Kota Kinabalu, Sabah, Tel: +6088-240 792

Ms Heng
Masalah Keguguran Rambut
Kulit kepala saya sangat gatal disebabkan oleh kelemumur dan minyak dikulit kepala yang berlebihan. Saya mengalami masalah ini sebelum menerima rawatan rambut herba. Selepas beberapa kali mengambil rawatan rambut herba origin, keadaan rambut dan kulit kepala saya bertambah baik secara beransur-ansur. Kulit kepala saya kini kurang berminyak dan kelemumur juga turut berkurang. Rambut baru mula tumbuh dan berkembang pada tompok-tompok di bahagian atas dan membuatkan rambut saya semakin lebat. Rakan-rakan memuji saya kerana rambut saya kini berubah warna dan kelihatan berkilat.
Cawangan Origin Kota Tinggi, Tel: +6012-713 1055
Sebelum

Selepas

Mrs Chew
Masalah keguguran rambut wanita - kebotakkan seperti lelaki
Saya dan kedua-dua anak saya mengalami masalah keguguran rambut yang teruk (kebotakan seperti lelaki). Anak perempuan mendapat tahu cawangan rawatan rambut herba origin di Georgetown lalu mencadangkan saya untuk mencubanya. Selepas 4 bulan rawatan intensif dan mengikut arahan perunding penjagaan rambut, anak perempuan saya terkejut melihat hasil yang berkesan pada rambut saya. Kini, anak-anak saya mengambil rawatan di origin dengan penuh keyakinan. Saya berharap lebih ramai mencuba rawatan rambut herba origin ini. Saya ingin menasihati golongan muda agar tidak memulakan rawatan rambut hanya apabila anda menghadapi masalah keguguran rambut sahaja. Hal ini kerana, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.
Cawangan Origin Georgetown, Penang, Tel: +604-226 6276
Sebelum

Selepas

潘女士
(53 years old)
Keguguran Rambut / Rambut Kurang
Disebabkan masalah keguguran rambut, saya rasa tertekan & hilang keyakinan diri. Selepas keguguran rambut, rambut seolah-olah tidak mahu tumbuh lagi. Saya telah mencuba banyak produk rambut yang nyata tidak berkesan. Saya juga telah mencuba perubatan tradisi menggunakan wain dan bawang putih dan di sapu pada rambut. Tetapi kaedah ini juga tidak Berjaya. Saya juga mengalami kegatalan rambut selepas cucian. Rambut saya telah menjadi nipis yang menimbulkan perasaan yang saya mungkin menghidapi penyakit.

Saya mendapat tahu rawatan rambut herba origin melalui seorang rakan. Selepas hanya sebulan mendapatkan rawatan, perkembangan dan kepadatan rambut saya jelas terasa. Rakan-rakan bertanya, apa produk yang saya gunakan untuk pertumbuhan rambut. Sebenarnya kita perlu bersabar untuk melihat keberkesanan rawatan rambut terapi origin. Kini saya telah mendapat keyakinan semula dan saya yakin dalam menyelesaikan apa jua perkara.
Cawangan Origin Kepong, Tel: +603-6253 1009

Leu Chiok Chih
(20 years old)
Keguguran Rambut Yang Kritikal
Saya pernah berada dalam dilema kerana saya mengalami masalah keguguran rambut pada usia 20 tahun. Menurut doktor saya mengalami masalah rambut kerana penggunaan pewarna rambut dan suasana kerja. Saya bekerja sebagai tukang masak yang mana perlu berkerja di dapur yang berminyak untuk jangka masa yang lama. Ini menyebabkan rambut saya berminyak dan gugur. Sekurang-kurangnya 200 rambut gugur setiap hari sehinggalah saya mula mengambil rawatan rambut herba origin. Ia telah membantu mengurangkan keguguran rambut saya. Rawatan ini juga mengurangkan masalah kulit kepala sensitif dan berminyak. Malah rambut yang sihat mula tumbuh secara perlahan. Kini, Saya tidak lagi risau akan menjadi seorang lelaki yang berkepala botak.
Cawangan Origin Kepong, Tel: +603-9274 9028

Dennis Tan
Optometrist
Keguguran Rambut
Masalah keguguran rambut menjejaskan ‘kelelakian’ seseorang. Saya berumur 28 tahun dan telah mengalami keguguran rambut selama beberapa tahun. Saya mencuba banyak produk penjagaan rambut yang berbeza tetapi hasilnya tidak memuaskan. Penjagaan rambut yang baru tumbuh adalah sangat susah. Sehinggalah pada satu hari, seorang rakan mencadangkan rawatan rambut herba origin kepada saya. Selepas 6 bulan mengambil rawatan rambut herba, masalah keguguran rambut mula berkurang. Malah ia memberi saya lebih ‘kelelakian’.
Cawangan Origin Kepong, Tel: +603-6253 1009

Mr. Tay
Pengedar Makanan
Keguguran Rambut
Masalah keguguran rambut sangat merisaukan saya. Saya tahu jika saya tidak mengambil tindakan untuk mengawal keguguran rambut, saya mungkin kehilangan rambut saya yang masih berbaki 30%. Saya mencuba pelbagai produk penjagaan rambut dengan pelbagai jenama tetapi ianya tidak memberikan hasil yang memuaskan. Pada satu ketika, saya mendapat tahu mengenai rawatan origin. Dengan niat untuk mencuba, saya mendapatkan rawatan rambut tersebut. Dalam tempoh 2 tahun, rambut saya pulih sehingga 80% (dari asalnya 30%) dan banyak rambut baru mula tumbuh di kulit kepala saya. Pakej yang mempunyai 6 sesi ini telah menunjukkan hasil yang signifikan dan saya tidak mengalami keguguran rambut dalam tempoh rawatan. Rakan-rakan juga turut memberi pujian yang baik!
Cawangan Origin Muar, Johor, Tel: +606-953 4927

范慧玉
(41 Years Old)
Surirumah
Masalah rambut beruban, keguguran rambut & rambut berminyak
Saya sangat tertekan dengan masalah keguguran rambut dan rambut beruban. Saya telah mendapatkan rawatan di beberapa pusat jagaan rambut untuk membuat pertanyaan, tetapi tidak mengambil mana-mana pakej kerana harga yang mahal. Rambut saya menjadi nipis dan kulit kepala kelihatan jelas. Saya hilang keyakinan dengan keadaan tersebut.

Pada tahun 2010, saya telah melihat satu iklan mengenai rawatan rambut herba origin. Dengan niat mencuba, saya mengambil rawatan mereka dan hasilnya sangat memuaskan. Untuk mengatasi masalah rambut beruban saya juga sering pergi ke salun untuk mewarna rambut. Walaubagaimanapun, warna rambut hanya bertahan selama 6 hari dan rambut beruban kembali jelas kelihatan.

Oleh itu, saya cuba rawatan rambut herba origin. Dengan menggunakan rawatan pewarna organik, saya menyedari bahawa warna rambut hitam mampu bertahan sehingga 3 minggu. Masalah rambut nipis tiada lagi, pengeluaran sebum dikulit kepala menjadi lebih seimbang dan rambut baru mula tumbuh pada tompok-tompok rambut yang jarang.
Cawangan Origin Batu Pahat, Tel: +6074349187
Sebelum

Selepas

Bernard Tan
Keguguran Rambut
Saya mengalami masalah keguguran rambut yang berasal dari keturunan keluarga selama bertahun-tahun, namun saya tidak mengambil sebarang rawatan. Masalah keguguran rambut ini membuat saya tertekan dan pesimis. Nasib baik, saya mendapat tahu mengenai rawatan rambut herba origin melalui saranan bapa saudara saya. Selepas rawatan intensif selama 3 bulan menggunakan produk rawatan rambut herba origin hasilnya sangat mengalakkan. Keadaan rambut saya bertambah baik dan kulit kepala kini lebih sihat dan kuat. Oleh kerana akar rambut lebih kuat, saya dapati keguguran rambut semasa mencuci juga mula berkurangan. Saya yakin dengan penjagaan profesional rawatan rambut herba origin.
Cawangan Origin Johor Bahru, Tel: +607-353 5817
Sebelum

Selepas

Mr. Lee
Keguguran Rambut
Saya mengalami kebotakan secara drastik dan masalah ini membuatkan saya bimbang. Kebotakan juga membuat rambut tidak kemas. Apabila saya melihat keadaan rambut yang gugur dan mulai botak, emosi saya terganggu sepanjang hari. Sehinggalah satu hari, rakan saya menggalakkan saya pencari penyelesaian bagi masalah saya. Saya memberanikan diri ke kaunter pelanggan untuk mendapatkan bantuan. Setelah memahami masalah saya, pegawai khidmat pelanggan mengesyorkan saya untuk menggunakan produk semulajadi rawatan rambut herba origin. Selepas menggunakan produk ini selama empat bulan, masalah keguguran rambut saya berkurangan. Banyak rambut tumbuh pada tompok-tompok botak. Malah rambut baru lebih kuat.
Cawangan Origin Georgetown, Penang, Tel: +6012-480 7888

Mr. Ivan Tan
Aktuari
Kulit Kepala Berminyak dan Keguguran Rambut
Saya mengalami kulit kepala berminyak dan masalah kehilangan rambut. Ini amat menyukarkan dan menjejaskan gaya hidup saya. Sehinggalah satu hari, seorang rakan mencadangkan rawatan rambut herba origin kepada saya. Selepas hanya 5 sesi rawatan, keadaan rambut berminyak saya mula terkawal & masalah keguguran rambut saya juga telah berkurangan. Rakan-rakan menyatakan rambut saya kelihatan lebih sihat dari sebelumnya. Mereka tumpang gembira untuk saya. Saya benar-benar berterima kasih kepada rakan yang mengesyorkan rawatan rambut herba origin kepada saya. Masalah keguguran rambut saya kini pulih dan saya bertambah yakin dengan diri saya.
Cawangan Origin Melaka, Tel: +6012-638 8918