Perkhidmatan Kami

Sebagai rakan dan penasihat yang profesional kepada masalah rambut anda, kami sentiasa memberi cadangan, rawatan, pemantauan dan nasihat yang berkaitan dengan masalah rambut anda.

APA YANG KAMI LAKUKAN UNTUK ANDA

Proses rawatan kami dilengkapi dengan alat microspik untuk menganalisis kulit kepala. Prosedur penganalisisan kulit kepala ini adalah bagi memudahkan kami memantau keadaan kulit kepala dan masalah rambut pelanggan sebelum dan selepas rawatan dijalankan.

Perkhidmatan penganalisisan kulit kepala kini boleh didapati di semua cawangan Origin Herbal Hair Treatment.

Salah faham analisis kulit kepala
Kebanyakan pelanggan berfikiran bahawa dengan analisis kulit kepala boleh mengesan punca kepada masalah rambut seperti punca rambut gugur. Namun kenyataan ini adalah salah, analisis kulit kepala adalah bagi membantu memeriksa keadaan semasa pelanggan seperti rambut berminyak, kelemumur dan sebagainya sahaja.Lebih tepat lagi, analisis adalah untuk melihat masalah kulit kepala dengan lebih jelas dan bukannya punca kepada masalah tersebut.

Selain itu, kajian bukan sahaja analisis semata-mata, malah tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang itu juga perlu dikaji untuk memahami sepenuhnya mengenai masalah rambut yang dihidapi seseorang pelanggan.

Tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang perlu dikaji untuk memahami sepenuhnya mengenai masalah rambut.

MENGAPAKAH KAMI

Cuaca di kebanyakkan Negara Asia adalah panas dan lembap. Oleh itu, orang mudah berpeluh dan ia menjadi penyumbang kepada kulit kepala berminyak yang akhirnya membawa kepada masalah keguguran rambut. Oleh itu, Rawatan Bee Choo menyasarkan penyelesaian masalah kulit kepala berminyak.

Melalui rawatan herba kami, pelanggan mendapati kurang rambut gugur dan kulit kepala berminyak hanya selepas dua kali rawatan sahaja. Hal ini kerana, kami telah meningkatkan kualiti dalam menghasilkan pes herba kami supaya menjadi lebih bermutu. Kini pelanggan kami boleh melihat kesan rawatan dalam hanya dua kali rawatan sahaja berbanding empat hingga lima kali rawatan sebelum ini.

Kami akan terus berusaha bagi meningkatkan kualiti pes herba kami dengan penyelidikan yang berterusan mengikut aliran semasa. Malah dengan menggunakan herba cina yang berkualiti tinggi, kami memastikan perkhidmatan yang terbaik untuk semua pelanggan.