Produk

ANALISIS RAMBUT

Pusat rawatan kami dilengkapi dengan peranti analisis mikrospik kulit kepala terkini dari korea yang boleh melihat sehingga 300 kali ganda dari penglihatan dengan mata kasar. Prosedur analisis kulit kepala yang ditetapkan ini meningkatkan pemantauan semasa proses rawatan keatas pelanggan.

RAWATAN RAMBUT

Pes yang digunakan semasa rawatan adalah dari 100% Herba Cina. Keseluruhan proses mengambil masa 2 jam termasuk menyapu pes, stim, membasuh dan menunggu.

PRODUK

Produk kami terdiri daripada krim rambut, Tonik rambut, Minyak, Syampu dan perapi yang sesuai untuk semua jenis rambut.

Origin Tonik

ORIGIN HERBAL HAIR TONIC



Satu formula unik Cina yang menggunakan herba Cina eksotik dan berharga yang membantu mempercepatkan pertumbuhan dan mengawal keguguran rambut. Ianya amat sesuai bagi pelanggan yang kehilangan rambut serius. Tonik ini juga boleh digunakan sebelum dan selepas rawatan herba. Namun perlu di ingatkan bahawa penggunaan tonik herba ini akan meninggalkan rasa melekit selepas penggunaannya.

ORIGIN HAIR TONIC



Memberi tenaga untuk rambut dan kulit kepala. Sapukan pada rambut. Tonik ini berfungsi bagi kedua-dua komponen utama rambut iaitu pada rambut dan kulit kepala. Ia juga menguatkan tekstur rambut dan membantu merangsang peredaran mikro. Ia juga memberi kesegaran pada kulit kepala.

HAIR TONIC - SCALP



Tonic herba yang dirumus khas untuk kesihatan kulit kepala dengan khasiat herba tulen. Tonik ini ringan dan lembut pada kulit kepala serta menggalakkan pertumbuhan rambut secara semulajadi. Ia juga memberi nutrien kepada kulit kepala, membantu menguatkan sistem imun, menghalang pertumbuhan bakteria, melegakan kegatalan, menggalakkan keseimbangan hormon dan sel baru, mengawal pengeluaran sebum, menyihatkan folikel rambut serta memberi ketenangan dan mencegah kelemumur.

Origin Syampu

PURITY SCALP HAIR SHAMPOO



Syampu ini berkesan untuk kulit kepala berminyak dan dirumus khas dengan gabungan surfaktan dan protein sutera. Ia membantu membersihkan sebum kulit kepala yang berminyak serta melindungi rambut anda. Syampu ini juga memberi sensasi pudina yang sejuk setiap kali selepas membasuh rambut. Amat disyorkan kepada pelanggan yang mempunyai masalah kulit kepala berminyak dan keguguran rambut kerana ia mampu mengelakkan folikel rambut daripada tersumbat. Ia membersihkan kulit kepala dengan berkesan dan memudahkan penyerapan tonik apabila tonik di sapu ke kulit kepala.

PURITY REPAIR HAIR SHAMPOO



Syampu pelembap untuk digunakan setiap hari. Ianya sesuai untuk rambut kering dan rosak yang mana ia mampu memberi kelembapan dan membuatkan rambut semakin sihat, bersinar dan licin.


PURITY REMOVED HAIR SHAMPOO



Syampu rawatan khas untuk mengatasi masalah kulit kepala sensitif dan kelemumur. Mengandungi bahan aktif seperti Climbazoa untuk membersih dan menyucikan kulit kepala. Syampu ini mengurangkan masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala. Malah, memberi kesan menenangkan apabila tiada lagi kegatalan. Anda pasti akan menyukainya kerana kelemumur tiada lagi!

ANTI-HAIR LOSS SHAMPOO



Mengimbangi semula keadaan rambut dan merangsang akar dan metabolisme rambut dengan tindakan Tenaga Kompleks eksklusif. Buah AHAS melakukan tindakan pengelupasan lembut pada kulit kepala, folikel rambut membebaskan sel-sel mati, yang membolehkan kulit kepala bernafas dan menyediakan kulit kepala untuk rawatan intensif. Unsur Oligo pula menyubur dan menambah ruang bernafas bagi rambut.

Origin Perapi Rambut

PURITY REPAIR HAIR CONDITIONER

Mengandungi Pro-Vitamin B-5 dan protein untuk menembusi akar rambut, menjadikan rambut lebih anjal dan mudah untuk disikat. Memberikan kelembapan dan kekuatan untuk rambut, menjadikan rambut kelihatan berkilau dan lembut selepas penggunaan.

Origin Produk Rawatan Rambut

ESSENCE VITAMINS



Berfungsi untuk mengimbangi keadaan rambut. Merangsang metabolisme dengan tindakan Tenaga Kompleks yang eksklusif. Ia juga membantu mencegah keguguran rambut dan membantu mengaktifkan folikel dan pertumbuhan rambut. Ia juga menjadikan rambut lebih kuat dan lebih berdaya tahan. Kandungannya terdiri daripada Serenoa Repens, bahan aktif khas untuk menghalang enzim 5-Alfa Reductase yang sering menyebabkan keguguran rambut di kalangan lelaki. Menthol pula memberi tindakan segera untuk kesegaran.

CRYSTAL CONCENTRATE



Cecair untuk kecantikan rambut ini diperkaya bagi menambah cahaya serta kelembutan pada semua jenis rambut. Ekstrak Biji Rami yang diperkaya dengan Vitamin E memberikan kekuatan dan sinar pada rambut. Rambut lebih mudah diurus dan lebih lembut seperti sutera.

TREATMENT SPA



Direka khas untuk rambut kasar, kering atau kerinting semulajadi. Memberi protein yang optimum untuk rambut kelihatan semulajadi. Formula unik ini mengandungi ejen pelembap dan perapi khas. Ia adalah pilihan paling sesuai untuk rambut rosak dan lurus.

DAMAGED HAIR REBUILDER



Diperkaya dengan sumber Protein, Jojoba dan Vitamin E yang menyubur, membaiki tisu rambut serta-merta, melembap dan bersinar dengan bahan-bahan unik. Ia mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh haba, kerosakan akibat UV dan menyikat. Sapukan pada hujung rambut selepas setiap kali mencuci rambut untuk rambut lebih lembut beralun dan terurus.