Mengenai Kami


LATAR BELAKANG ORIGIN

Rawatan rambut herba Origin diasaskan oleh Pengarah Cheah Bee Chew. Perniagaan bermula sekadar dengan memberi rawatan kepada rakan-rakan yang mengalami masalah rambut sahaja. Malah rawatan yang berasaskan bahan-bahan herba ini bermula dari rumah sahaja. Namun melalui perbualan dalam kalangan rakan-rakan, bilangan pelanggan semakin meningkat dan perniagaan berasaskan dari rumah tidak lagi mencukupi untuk memenuhi semua keperluan pelanggan tersebut. Oleh itu, pusat rawatan rambut herba Origin telah ditubuhkan.

Kini, Origin telah beroperasi di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Thailand. Rawatan rambut herba Origin bertujuan untuk membantu orang ramai dalam menangani masalah rambut mereka dengan menggunakan 100% herba cina tulen.

Dengan hasil yang terbukti dapat mengawal kulit kepala berminyak, keguguran rambut, kelemumur dan pertumbuhan rambut uban, kami berhasrat untuk berkongsi kepakaran kami kepada mereka yang memerlukan bantuan sekaligus menyelesaikan segala masalah rambut mereka.

Origin disahkan dengan ISO 9001, rawatan rambut Bee Choo melepasi kriteria piawaian ISO dan menunjukkan keupayaan yang konsisten untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dan jaminan untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti.