Our customers have said


黄辚蘋
Surirumah
Kelemumur/ Keguguran Rambut
Semasa saya muda, saya mewarna rambut saya kerap sekali untuk kelihatan cantik. Oleh kerana mengunakan pewarna rambut yang mempunyai kimia terlalu kerap kulit kepala saya menjadi rosak. Saya berhenti mewarna rambut saya selepas melahirkan anak. Disebabkan oleh penuaan saya mewarna rambut sebulan sekali. Saya sangat bimbang bahawa pewarna rambut yang mempunyai bahan kimia yang kuat akan membahayakan kesihatan saya dan saya juga letih dengan pengunaan pewarna rambut. Ibu saya mencadangkan saya untuk mencuba rawatan dan pewarna rambut di pusat Herba Rambut Bee Choo Origin dan hasilnya sangat baik. Di samping itu, masalah kelemumur juga telah menunjukkan peningkatan yang jelas dilihat. Kini saya tidak perlu bimbang bahawa rawatan rambut boleh menjejaskan kesihatan saya.
Cawangan Bee Choo Origin Kepong, Tel: +603-6253 1009

Madam Leo
Surirumah
Kelemumur / Keguguran Rambut
Kesan dari terlalu kerap mewarnakan rambut, tekstur kulit kepala menjadi lemah dan rambut mula gugur. Saya mencuba pelbagai rawatan di dalam pasaran, tetapi ianya tidak berkesan. Ini membuatkan saya semakin risau. Sehinggalah satu hari seorang rakan memperkenalkan saya dengan rawatan rambut herba Bee Choo Origin. Ketika proses rawatan, saya dapat merasakan kulit kepala saya sangat berbeza. Ia membuat kulit kepala dan rambut saya lebih sihat. Rawatan ini memulihkan semula kulit kepala saya, dan ia pasti lebih baik daripada rawatan kulit kepala yang biasa!
Cawangan Bee Choo Origin Kepong, Tel: +603-6253 1009

胡宝云
(24 years old)
Kulit Kepala Berminyak, Kelemumur
Saya mengalami masalah kelemumur sejak saya di sekolah rendah. Saya mencuba pelbagai jenis syampu, tetapi semuanya tidak berkesan. Malah, kelemumur semakin banyak. Selain itu, kulit kepala saya gatal, berminyak, sensitif dan rambut gugur. Sejak saya mengambil rawatan rambut herba Origin, masalah kulit kepala berminyak dan sensitif bertambah baik. Selepas dua tahun, tekstur rambut saya semakin baik dan sihat. Kini saya tidak lagi risau dengan masalah rambut gugur dan kelemumur lagi. Bee Choo Origin ada penyelesaiannya.
Cawangan Bee Choo Origin Batu Pahat, Johor, Tel: +607-434 9187

Jasmine Chiew
(30 years old)
Kelemumur
Masalah rambut berkelemumur menyusahkan saya, ia membuat kulit kepala saya gatal dan sering kali kelemumur jatuh ke atas pakaian saya. Ini membuatkan saya rasa tidak selesa. Bermula tahun 2011, saya secara tidak langsung mengetahui kewujudan rawatan rambut herba Bee Choo Origin. Bermula dari itu, saya mendapatkan rawatan dan menggunakan produk Bee Choo Origin. Hasilnya, saya tidak lagi mempunyai masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala kerana berpeluh. Pengeluaran sebum juga lebih seimbang. Sekarang rambut saya menjadi lebih sihat dan kelihatan berkilat. Saya benar-benar berterima kasih dengan produk Bee Choo Origin yang mana telah mengurangkan beban saya dan menjadikan rambut saya sihat.
Cawangan Bee Choo Origin Cheras, KL, Tel: +603-9274 9028

Patricia Lee
Ekzema Seborrheic
Saya menghidapi masalah ‘seborrheic eczema’ sekitar tahun 2008. Pada peringkat awal ia muncul dalam bentuk kelemumur. Kelemumur keluar hanya selepas beberapa jam mencuci rambut. Masalah ini menyebabkan saya tidak selesa, terutama apabila kulit kepala gatal. Saya cuba mendapatkan nasihat dari beberapa pakar kulit, tetapi masalah tetap berterusan. Dalam satu masa yang tidak dijangka, saya diperkenalkan dengan rawatan rambut herba Bee Choo Origin. Selepas beberapa sesi rawatan, saya tidak dapat menguruskan masa saya untuk mendapatkan rawatan secara konsisten kerana pusat rawatan terlalu jauh dari rumah saya. Saya hanya mendapat rawatan untuk beberapa bulan sahaja untuk masalah ‘seborrheic eczema’ saya.

Pada tahun 2011, pusat rawatan rambut herba Bee Choo Origin membuka cawangan baru di Kluang. Saya rasa sangat teruja dan gembira kerana saya boleh pergi ke pusat rawatan tersebut. Pada masa yang sama, saya menerima nasihat dari pakar Bee Choo Origin untuk menggunakan produk penjagaan rambut Bee Choo Origin. Dalam masa beberapa bulan penggunaan sahaja masalah ‘seborrheic eczema’ saya telah hilang. Kini, saya memiliki semula kulit kepala yang lebih sihat, bertenaga dan rambut kelihatan berkilat. Rawatan rambut herba Bee Choo Origin menyelesaikan masalah kulit kepala saya dan memperlahankan pertumbuhan rambut putih. Ia benar-benar memberi manfaat!
Cawangan Bee Choo Origin Kluang, Johor, Tel: +6019-774 7768