Mengenai Kami




PROFIL SYARIKAT

Origin Herbal Hair Treatment diasaskan oleh Puan Cheah Bee Chew (Bee Choo) pada tahun 2000. Ia mengamalkan formula tradisional dengan menggunakan 100% herba semulajadi tanpa sebarang campuran bahan kimia atau pengawet dalam menghasilkan Produk Pes Herba. Produknya direka khusus untuk meningkatkan keadaan rambut.

Perniagaan Puan Cheah ini bermula di Singapura. Bermula di rumah dengan satu alat stim rambut dan satu kerusi sahaja. Selepas beberapa tahun beliau telah mendapat kepercayaan daripada pelanggan. Perniagaan yang berasas dari rumah itu kemudiannya dipindahkan ke sebuah kedai yang lebih besar, mewujudkan lima lagi kedai di Singapura, 48 francais atau pemegang lesen di Malaysia dan negara-negara asia yang lain seperti Indonesia, Thailand, Taiwan, Filipina dan Hong Kong.

Herba dan formula khas yang diwarisi generasi turun - temurun telah terbukti memberikan hasil yang berkesan. Malah ianya membantu individu yang mengalami masalah keguguran rambut serta masalah kelemumur dengan bantuan pakar. Syarikat rawatan rambut berherba yang unik ini menggunakan intipati yang dirumus khas dari 100% herba cina tulen. Malahan ianya diproses setiap hari untuk memastikan kualiti dari segi kesegaran dan keberkesanannya.

Rawatan rambut herba origin menjadi lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ia telah disokong oleh beribu pelanggan yang berpuashati dengan produk origin. Mereka telah menemui formula unik untuk meningkatkan kesihatan rambut mereka. Pelanggan merasakan produk ini membolehkan pertumbuhan rambut dengan cepat. Meningkatkan peredaran darah seterusnya mengaktifkan folikel rambut mereka. Selain itu, pelanggan juga berpuashati kerana produk ini melambatkan pertumbuhan rambut beruban kerana rawatannya menggunakan 100% herba. Malahan kandungan 100% herba origin turut membekalkan nutrien yang mencukupi ke atas kulit kepala mereka. Hal ini secara tidak langsung telah meningkatkan keyakinan diri mereka dikhalayak umum.

Syarikat akan terus melaksana perubahan bagi meningkatkan kualiti herba mengikut aliran semasa. Ia adalah bagi menjamin kualiti dan perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan.